Pages

Subscribe:

Monday, September 22, 2014

ANAK DAN IBU

"Walid, ummi hendak keluar kejap," saya minta izin suami pada suatu hari.

"Nak ikut!!!" Melompat suara keempat-empat anak saya. Saya tarik muka masam. 
"Hm, tak jadilah.." 

Hendak shopping bawa ramai-ramai? Saya malas sekali. Nanti beli barang ummi satu, selebihnya barang-barang merekalah..hmm.

Kalau umminya  keluar semua hendak ikut. Kalau walid keluar semua buat tak peduli. Kadang-kadang saya seperti merajuk juga. Mana tidak. Kalau walidnya boleh keluar dengansesuka hati dan dengan segala senang hati, tak ada yang menangis nak ikut. Kalaus aya hendak lepas pagar sikit punyalah susah, banyak soalan dan sekatan, hee. Saya lebih rela duduk di rumah daripada membawa budak-budak berjalan. 

Mungkin saya memang jenis perumah atau saya jenis yang kurang kesabaran melayan budak-budak. Lalu untuk menyelamatkan keadaan lebih baik walidnya sahaja yang keluar untuk mencari keperluan rumah. Dan walidnya pun alhamdulillah memahami kesukaran saya, terima kasih walidnya, hi..

Berbalik kepada budak-budak ni, kalau walidnya keluar, tak adanya nak kisah. Kadang-kadang saya jeles juga walid boleh keluar dengan senang lenang begitu lalu tolong buat promosi.

"Walid nak keluar tu, siapa nak ikut??"
"Taknaklah!!!" sahut budak-budak. Kan sudah saya jangka?
"Kenapa taknak ikut walid? Padahal walid itu baik, tidak suka marah-marah, tidak bebel..." kata saya seolah-olah mengesali keadaan.
"Taknak!!!"
Hmm, mahu kata apa lagi?
DUA WALI SAYA


Ini kisah dua anak lelaki saya.
Satu hari ketika saya pulang dari sekolah dua anak lelaki saya menyambut di muka  pintu. 

"Ummi, saya hendak buat ummi bangga dengan saya. Nah, ini biskut dari saya," kata si Ahmad.

Mendengar itu si adik pun tidak mahu kalah.

"Ummi saya hendak buat ummi gembira. Nah, ini biskut dari saya!" kata si Faris.
Oh, terharunya ummi.

"Ya, ummi bangga dan gembira kalau anak ummi jadi soleh dan perangai bagus ya.." kata saya sambil mengusap-usap pipi dua wali saya. 

"Ya!!" jawab mereka serentak.
Semoga niat yang tulus dan suci dimakbulkan oleh Allah ya nak..

Saturday, July 5, 2014

         

ORIGAMI FARIS DAN NENEK

         Kesukaan si Faris kini, ialah membuat lipatan kertas. Setiap kali kami keluar dia akan merengek meminta dibelikan buku origami. Lalu untuk tidak menghampakannya saya belikan juga. Sebenarnya telah ada dua buku origami abang dan kakaknya namun dia tetap meminta dibelikan yang baharu.
Faris membuat origami hampir setiap ketika yang terluang, balik dari sekolah, apatah lagi cuti.
   
      Mangsanya sudah pasti kertas A4 uminya ini. Saya berikan kertas terpakai kepadanya. Kalau menurut walidnya jangan diberikan kertas langsung, membazir, dan buat menyemak rumah sahaja. Hee, padahal umminya inilah yang sepatutnya mengomel kerana umminya ini akan menyapu sampah setiap kali mereka menyepah. Kalau menyepah tu bukannya tahu mengemas kembali. Tapi pada saya pula kasihan juga anak hendak belajar, hendak membina kreativiti disekat-sekat. Bukankah itu pun proses pembelajaran buat si kecil? Faris akan melihat buku origami atau belajar dari abangnya yang pandai melipat kertas. Sudahnya rumah kami dipenuhi kertas, dan saya akan terus mengomel sambil mengemas...
     Sekarang neneknya ada di rumah. Sekali apabila sedang asyik menatap buku origami sambil melipat kertas, neneknya juga ikut campur. Lalu terbentuklah satu demi satu origami nenek. Dari bakul sirih, kapal dan burung.. si Faris ternganga melihatnya.
     
      "Tengok nenek tak tengok buku pun pandai.."
      "Nenek tak tengok buku pun pandai buat origami?" si kecil kehairanan yang amat sangat.. Neneknya menceritakannnya kepada kami. Kami tertawa mengakak. Allah, setakat hendak melipat burung tu tak payah tengok buku dik..