HARI KIAMAT
Tiba-tiba Faris datang dengan suara yang perlahan sekali. Sedih, muram.
"Ummi, hari kiamat sudah dekat ke?"
"Ye.." Dia semakin sedih.
"Saya taknak masuk neraka.." Suara hampir menangis.
"Taklah, Faris akan masuk syurga.."
"Kenapa saya boleh masuk syurga?"
"Fariskan budak baik, Faris akan bersama umi di syurga.."
"Saya hendak masuk syurga dengan umi.." Dia memeluk saya.
"Kenalah berperangai baik..soleh" kata saya.
"Kenapa?"
"Kalau soleh masuk syurga.."
Kemudian sepagi hari moodnya tidak ceria. Dia teringat bumi yang hampir kiamat ini. Entah siapalah yang telah berjaya mengusik hati si kecil kami. Lalus aya tanyakan dari mana dia belajar tentang hari kiamat.
"Kakak Nuha beritahu.."
Lalu saya tanyakan kakaknya diam-diam, apa yang diceritakan kepada si Faris sehingga dia begitu sedih mengenangkan hari kiamat. Apakah yang telah dibrainwash ke fikiran si kecil sehingga dia kelihatan begitu terpengaruh sekali? Sepanjang hari sepanjang malam. Saya sungguh pelik.
"Nuha cerita biasa sahaja ummi..Tak sangka pula Faris begitu sedih.." kata Nuha tertawa.
Namun kesannya itu sungguh mendalam pada jiwa si Faris.
Lalu sepanjang hari dan separuh malam saya kena menghadapi moodnya yang sedih. sekejap-sekejap dia datang kepada saya bertanyakan tentang hari akhirat, hari kiamat.
Lalus aya tanyakan kembali.
"Hari kiamat tu apa?"
"Hari kiamat tu bumi ini akan hancur.." Nah, tepat sekali.
Lalu kemudian dia pergi dan tidak lama dia datang kembali.
"Ummi walid kata bumi ini akan diberi kepada orang yang beriman.."
"Ya.."
"Orang yang beriman itu apa?"
"Orang yang percaya Allah, yang solat, orang yang soleh, yang baik perangai, orang yang sabar.."
"Orang yang baik dengan ibu bapa, yang sayang kakak, abang dan yang suka ke sekolah, yang tidak menangis masa ke sekolah.." tambah si Faris sendiri membuatkan saya tertawa..Kemudian dua tiga hari selepas kakaknya balik ke asrama, Faris asyik menyebut tentang syurga dan neraka sahaja. Saya naik risau. Namun dari satu segi; saya lihat betapa berkesannya dakwah si kakak. Mudah-mudahan ke syurga semua kita ya nak..
Tuesday, October 14, 2014
Monday, September 22, 2014
ANAK DAN IBU
"Walid, ummi hendak keluar kejap," saya minta izin suami pada suatu hari.
"Nak ikut!!!" Melompat suara keempat-empat anak saya. Saya tarik muka masam.
"Hm, tak jadilah.."
Hendak shopping bawa ramai-ramai? Saya malas sekali. Nanti beli barang ummi satu, selebihnya barang-barang merekalah..hmm.
Kalau umminya keluar semua hendak ikut. Kalau walid keluar semua buat tak peduli. Kadang-kadang saya seperti merajuk juga. Mana tidak. Kalau walidnya boleh keluar dengansesuka hati dan dengan segala senang hati, tak ada yang menangis nak ikut. Kalaus aya hendak lepas pagar sikit punyalah susah, banyak soalan dan sekatan, hee. Saya lebih rela duduk di rumah daripada membawa budak-budak berjalan.
Mungkin saya memang jenis perumah atau saya jenis yang kurang kesabaran melayan budak-budak. Lalu untuk menyelamatkan keadaan lebih baik walidnya sahaja yang keluar untuk mencari keperluan rumah. Dan walidnya pun alhamdulillah memahami kesukaran saya, terima kasih walidnya, hi..
Berbalik kepada budak-budak ni, kalau walidnya keluar, tak adanya nak kisah. Kadang-kadang saya jeles juga walid boleh keluar dengan senang lenang begitu lalu tolong buat promosi.
"Walid nak keluar tu, siapa nak ikut??"
"Taknaklah!!!" sahut budak-budak. Kan sudah saya jangka?
"Kenapa taknak ikut walid? Padahal walid itu baik, tidak suka marah-marah, tidak bebel..." kata saya seolah-olah mengesali keadaan.
"Taknak!!!"
Hmm, mahu kata apa lagi?

Labels:
KELUARGA
DUA WALI SAYA
Satu hari ketika saya pulang dari sekolah dua anak lelaki saya menyambut di muka pintu.
"Ummi, saya hendak buat ummi bangga dengan saya. Nah, ini biskut dari saya," kata si Ahmad.
Mendengar itu si adik pun tidak mahu kalah.
"Ummi saya hendak buat ummi gembira. Nah, ini biskut dari saya!" kata si Faris.
Oh, terharunya ummi.
"Ya, ummi bangga dan gembira kalau anak ummi jadi soleh dan perangai bagus ya.." kata saya sambil mengusap-usap pipi dua wali saya.
"Ya!!" jawab mereka serentak.
Semoga niat yang tulus dan suci dimakbulkan oleh Allah ya nak..
Labels:
KELUARGA
Subscribe to:
Posts (Atom)