BERBINCANG
Malam tadi, Faris mulai merengek tidak mahu ke sekolah lagi. Mula-mula dia bercakap pelan-pelan kemudian kuat-kuat, kemudian buat-buat muka welfare siap menitiskan airmata kesedihan. Saya yang mendengarnya tidak tahan lalu memujuknya tidur sahaja. Dia kelihatan mengantuk tetapi tetap sahaja mengekori saya dan merengek. Semakin dipujuk semakin menjadi, lama-lama saya kata: "Kita berbincang tentang itu esok ya? Sekarang Faris tidur dulu," Wah, macam faham sangat, langsung dia tersenyum dan pergi tidur dengan tenang.
Esok pagi sebaik sahaja celik mata dia terus membuka mulut:
"Ummi, hari ini kita berbincang ya?"
"Yaa.."
"Saya taknak ke sekolah!" Aduh.. itu bukan namanya berbincang nak. Itu keputusan sepihak..Saya mengeluh dalam-dalam.