KENAPA SAYA MENYUKAI BAHASA ARAB?
Kenapa saya menyukai Bahasa Arab? Kadang-kadang persoalan itu berlegar-legar di kepala? Saya pun tidak mempunyai jawapan. Tapi bila difikir-fikir, mungkin saya ini orang Linguistik maka saya mudah memberi respon kepasa bahasa. Mula-mula saya mendengar kakak saya menghafal Bahasa Arab lalu, dari situ saya dapat mengingat apa yang dihafal oleh kakak. Kemudian minat itu tumbuh dan merimbun dalam diri. Pada usia sekolah rendah lagi saya sudah memasang azam untuk belajar di Universiti Al Azhar, tetapi Allah menghendaki yang lain, saya berjaya mendapat biasiswa KPM dan dihantar ke Yarmouk, Jordan.
Segera saya terima tawaran dengan hati gembira, padahal ketika itu saya sudah hampir 1 sem di UM masuk kuliah Syariah dan Politik Pentadbiran, tetapi kerana semangat yang kuat untuk ke Timur Tengah saya rela tinggalkan Asrama Kinabalu dan Akademi Islam demi untuk melangkah lebih jauh dan memberi peluang kepada diri lebih maju. Dan saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang saya ambil kerana dari sana saya berpeluang melihat dunia ini lebih luas dan mengembangkan bakat bersama-sama rakan-rakan sehalaqah. Kami lalui musim-musim dengan gembira. Belajar di kuliah, belajar tambahan di rumah dengan menjemput profesor, belajar syair dengan rakan Arab di rumah mereka, berpersatuan, melancong dan sebagainya. Semuanya memberikan pengalaman yang membahagiakan sehingga kini. Dan saya sangat syukuri, saya mendapat kawan-kawan yang sangat baik dan memberi inspirasi di sepanjang hidup ini. Kawan-kawan sama ada di kampung, sekolah rendah di Perak atau pun di Maktab Mahmud Alor Setar, di UM serta di Jordan semuanya merupakan kawan-kawan yang saya sangat hargai dan sanjung tinggi.
Uihh, panjangnya intro, lalu kenapa saya menyukai Bahasa Arab masih belum habis terjawab...InsyaAllah saya tuliskannya pada kali yang lain..jumpa lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment