PEPERANGAN ZI QAR
Friday, October 22, 2010
Labels:
SIRI PEPERANGAN ISLAM
MENGHAYATI KONSEP ISMATURRASUL
Sempena menyambut Maulidurrasul 1431H
(Senario ini berlaku di negara kita)
Senario 1:
Seorang penceramah menceritakan perihal Nabi Daud bersikap rakus terhadap wanita dan merampas isteri panglimanya sendiri.
Senario 2:
Seorang penyanyi wanita mempersembahkan sebuah lagu bertajuk Syahadah menceritakan kisah pertemuan suci Nabi Allah Sulaiman dan Ratu Balqis dengan tarian penuh percampuran bebas.
Senario 3:
Seorang tetamu jemputan dalam satu siaran langsung di televisyen menyatakan Nabi Musa itu seorang yang berpenyakit autisme kerana mengalami masalah pertuturan. Oleh kerana itulah baginda memohon kepada Allah supaya ditemani Nabi Harun, saudara baginda untuk bertemu Firaun kerana Nabi Harun lebih fasih daripada junjungan.
Senario 4: Penyebaran dongeng rakyat, kisah Nabi Sulaiman dan Sang Kancil.
Ismaturrasul bermaksud rasul-rasul Allah terpelihara dari melakukan kesalahan dan maksiat (Umar Sulaiman Al Asyqar, Ar Rusul Wa Ar Risalat, ms;97). Kata Ibnu Hajar Al Asqalani: Para nabi itu bersifat sempurna jasad dan sifat mereka. Sesiapa yang mensabitkan sesuatu kekurangan/cela pada diri rasul maka dia telah menyakitinya dan dibimbangi orang itu akan terjebak ke lembah kekufuran (rujukan yang sama).
Malangnya, dewasa ini keimanan kepada ismaturrasul semakin terhakis daripada sanubari penganut Islam sendiri. Malah semakin ramai yang telah terpengaruh dengan dakyah Yahudi dan Nasrani. Orang-orang Yahudi dan Nasrani sentiasa bermusuh dengan nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan. Mereka sering meletakkan sifat-sifat keji yang tidak layak untuk nabi dan rasul mereka sendiri. Di sebahagian negara Timur Tengah, apabila tiba musim perayaan Krismas, stesen televisyen Syarqul Ausat (stesen televisyen Timur Tengah Arab Nasrani yang dipancarkan dari Nicosia) selalu menayangkan cerita-cerita nabi dan rasul versi Yahudi dan Nasrani. Mereka membuat filem-filem menggambarkan nabi-nabi hidup dengan penuh kemungkaran dan dosa seperti Nabi Musa sendiri tenggelam dalam percintaan, berzina dan sebagainya.
Tidak hairan, kerana mereka tidak beriman dengan ismaturrasul sebagaimana yang diimani oleh para muslimin. Bahkan lebih daripada itu, berbagai jenayah sanggup mereka lakukan ke atas para rasul yang mulia (Ar Rusul Wa Ar Risalat, ms;104-105) antaranya:
- Menuduh Nabi Ibrahim mempersembahkan isterinya, Saidatina Sarah kepada Firaun sehingga mendapat hadiah yang banyak-Sifir Takwin.
- Menuduh Nabi Lut pemabuk dan berzina dengan anak-anak perempuan baginda- Sifir Takwin.
- Memfitnah Nabi Daud berzina dengan isteri salah seorang panglima baginda sehingga mendapat anak iaitu Nabi Sulaiman, dan kemudiannya membunuh panglima tersebut- Sifir Samuel.
Ketika mentafsir ayat 21-25 As Shad tentang kekhilafan penghakiman Nabi Daud ke atas dua orang rakyat baginda yang berbalah, para ahli tafsir dari kalangan salaf dan khalaf banyak menceritakan kisah-kisah tentang Nabi Daud yang bersangkutan dengan
ayat kebanyakannya adalah Israiliyat, sebahagiannya dusta dan tidak ada sandarannya (Ibnu Khathir, Qasasul Anbiya, ms;424).
Riwayat Israiliyat ialah riwayat-riwayat atau cerita-cerita yang diambil dari sumber-sumber Yahudi. Bagi golongan muslim haruslah berhati-hati dengan dakyah Yahudi ini. Sangat banyak cerita-cerita rasul yang kita terima hari ini dari riwayat Israiliyat. Riwayat Israiliyat tidak sesuai untuk dijadikan bahan rujukan kerana dibimbangi kita akan terpengaruh dengan berita-berita yang tidak benar tentang rasul-rasul kerana sifat mereka yang terkenal sebagai bangsa yang makar (licik), suka mengambil mudah dakwah para rasul serta tidak beriman dengan ismaturrasul.
Tidak salah untuk mengenang para rasul bahkan sewajarnya kerana dengan cara itulah kita dapat menghidupkan jiwa jihad tetapi biarlah dengan cara yang sopan dan wajar, sesuai dengan kemuliaan dan kedudukan mereka di sisi Allah. Tidak wajar menjadikan kisah hidup junjungan yang penuh perjuangan yang suci sebagai cerita lucu dan mainan. Ingatlah kisah para rasul untuk diteladani jihad dan akhlak mereka bukan bertujuan hiburan dan sendaan. Allah memberi panduan kepada para sahabat dan kita semua tentang cara berkomunikasi dengan Rasulullah.
Firman Allah(maksudnya): Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu, sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri(dari majlis Nabi) secara sembunyi. Oleh itu hendaklah mereka yang ingkar berjaga-jaga supaya tidak ditimpa bencana atau ditimpa azab dan seksa yang tidak terperi sakitnya.-An Nur ayat 63. Menurut Jalaluddin As Suyuti dalam kitabnya Lubab An Nuqul Fi Asbab An Nuzul ms;163, ayat tersebut menegur cara para sahabat memanggil Rasulullah dengan panggilan Hai Muhammad atau Hai Abu Qasim. Selepas turun ayat tersebut mereka memanggil baginda dengan menyebut pangkatnya; Wahai Nabi Allah atau Wahai Rasulullah. Penghormatan itu mesti diberikan bukan sahaja semasa hayat baginda tetapi hendaklah terus berkekalan sesudah baginda wafat (Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah; ms 35). Dengan ini nyatalah bahawa dalam pertuturan dan persuratan tidak sewajarnya baginda disebut dengan namanya sahaja iaitu Muhammad sebaliknya hendaklah disertakan dengan pangkatnya iaitu Nabi Muhammad/ Rasulullah dan sebagainya serta diikuti dengan selawat dan salam (Tafsir Pimpinan Ar Rahman).
Demikian Islam menggariskan hal yang paling remeh iaitu cara berinteraksi dengan baginda Nabi, apatah lagi dalam tindakan dan pandangan hidup seharian, bolehkah kita membuat perkara-perkara lain yang memandai-mandai, dongeng dan menjadi fitnah ke atas para rasul? Sudah tentulah tidak! Nyanyian harus dalam batasannya. Rasulullah sendiri menggalakkan Saidatina Aisyah menyanyi pada zafaf (walimatulurs) orang-orang Ansar kerana mereka terkenal sebagai kaum yang menyukai nyanyian. Oleh sebab itu, jika ingin menyanyi sebagai mengenang para nabi dan rasul, menyanyilah dengan sopan dan penuh keinsafan.
Kesimpulannya, para nabi dan rasul itu adalah manusia pilihan Allah yang paling seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) serta mulia nasab keturunan mereka. Justeru, tidak wajar kita mensabitkan sesuatu yang cela dan aib ke atas diri para rasul alaihimussalam. Salam Maulidurrasul!
- Susunan Zubaidah Binti Ishak.
Labels:
PENDIDIKAN ISLAM
Subscribe to:
Posts (Atom)