Pages

Subscribe:

Thursday, February 28, 2013

KISAH UWAIS AL QARNI DAN KITA

     Pada suatu hari baginda Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: Akan datang kepada kalian seorang bernama Uwais bin Amir bersama rombongan -rombongan dari Yaman, dari suku Murad dari kabilah Qaran. Dahulunya dia berpenyakit kusta tetapi telah kemudian telah sembuh kecuali sebesar syiling dirham. Dia mempunyai ibu dan dia sangat berbakti kepadanya. Kalaulah dia bersumpah, nescaya Allah akan kabulkannya. Maka temuilah dia dan mohonlah supaya dia meminta ampun untukmu.

     Masa berlalu.  Pada zaman pemerintahan khalifah Umar Bin Al Khattab, setiap tahun beliau bertanya kepada rombongan haji dari Yaman tentang Uwais. Pada satu musim, ternyata Uwais memang ada di dalam salah satu rombongan itu. Umar bertanya kepadanya.
Kamu Uwais bin Amir?
"Ya!"
"Dari Murad?"
"Ya!"
"Dari Qaran?"
"Ya!"
"Dahulu kamu mempunyai penyakit kusta tetapi telah semibuh kecuali masih berbaki sebesar syiling satu dirham?"
"Ya!"

     Lalu Umar bin Al Khattab menyebut berita yang disampaikan oleh nabi kepadanya. Dia meminta Uwais meminta keampunan untuknya lalu Uwais pun memohon keampunan untuk khalifah. Saidina Umar memintanya tinggal dengannya. Akan tetapi Uwais menolaknya lalu meminta diri untuk berkelana ke Kufah.

      Pada musim haji tahun berikutnya Saidina Umar bertanyakan salah seorang  pembesar Kufah tentang Uwais.

"Aku telah membiarkannya hidup melarat."  katanya. Maka Saidina Umar menyebut kepadanya tentang berita yang Rasulullah sampaikan kepadanya tentang kemuliaan Uwais. Lalu dia kembali ke Kufah dan menemui Uwais.
"Mohonkan keampunan untukku hai Uwais." pintanya.
"Adakan kamu telah bertemu dengan Umar?" tanya Uwais.
"Ya!" Lalu Uwais pun memohon keampunan untukknya. Kemudian dia meninggalkan Kufah kerana bimbang berlaku fitnah akibat kemsayhuran namanya dan orang ramai mulai datang kepadanya untuk memohon doa dan keampunan.

      Lihat, peribadi mulia tabiin Uwais Al Qarni ini. Cuba bandingkan dengan sebahagian daripada kita hari ini. Apabila orang ramai mulai mengenalinya dan mereka datang beramai-ramai menemuinya bagi meminta dia berdoa dan memohon keampunan untuk mereka, Uwais segera melarikan diri dan menyembunyikan dirinya. Ini bertentangan sekali dengan keadaan kita hari ini apabila ramai yang berlagak alim dan tidak segan-segan menjual air yang dijampi dengan Al Quran untuk kepentingan perniagaan mereka sendiri.

     Malah ada yang memberi amaran supaya tidak menysirikkan air jampi mereka dengan sesuatu. Seolah-olah mereka menyamakan air jampi itu dengan Allah! Lalu ada baiknya juga JAKIM menghalusi perkara ini. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat. Jangan dibiarkan perkara sebegini merosakkan akidah umat. Contohilah peribadi mulia Uwais Al Qarni.

0 comments:

Post a Comment