KENANGAN MINGGU REMAJA 1988
Saya mula menulis pada usia muda iaitu enam belas tahun. Saya bermula dengan sajak/puisi kemudiannya beransur-ansur menulis cerpen dan kemudiannya beberapa tahun terakhir ini saya baru menulis novel. Cerpen saya Setulus Hati Kak Yong adalah cerpen pertama saya. Ditulis dengan tulisan tangan dan dihantar ke Sayembara Mengarang Cerpen Remaja tahun 1987 kalau tak silap. Alhamdulillah, walau pun bertulisan tangan, editor dan para panel hakim tetap tidak membuangnya ke dalam tong samah, malah cerpen itu berjaya mendapat hadiah saguhati. Oklah tu ya..
Aneh, saya bermula dengan puisi. Puisi saya agak sering keluar Mingguan Islam suatu ketika dahulu. Tetapi kini saya menjadi asing dengan puisi. Sepertinya saya tidak pandai berpuisi sekarang. Kata orang, kalau hendak berpuisi perasaan mesti lembut baru mudah tersentuh..Apakah saya mati rasa kini..huh. Apakah hati saya sudah menjadi keras dan tidak lagi mudah tersentuh? Huhu..
Antologi Cerpen bersama penulis lain. Saya sudah lupa, tetapi terdapat dua buah antologi cerpen saya bersama penulis remaja yang lain telah diterbitkan oleh DBP dengan selenggaraan arwah Othman Puteh. Othman Puteh bolehlah dikatakan guru saya dalam bidang cerpen kerana saya telah menjadi anak angkat DBP selama seminggu pada tahun 1988 itu dan dari beliaulah saya belajar mengarang cerpen. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas guru saya itu. Saya sangat bersimpati dan sedih atas musibah yang menimpa baliau iaitu kehilangan anak lelakinya Hizairi Othman.
Selama saya di DBP saya mendapat bimbingan intensif dalam bidang kepengarangan. Urusetia dan abang kakak DBP yang mengurus kami juga baik-baik. Mereka begitu dedikasi dalam tugas dan benar-benar menjaga kami. Terasanya pada masa itu kami ini sangat dimanja dan disayangi! Salah seorang daripada mereka ialah Hanafi Ibrahim.
Kali terakhir saya bertemu dengan beliau, sudah bergelar doktor falsafah. Saya bertemu beliau di Sri Satria kediaman TPM semasa menghadiri majlis penyampaian hadiah ITBM-PENA-Berita Harian tahun lepas (2014). Saya ingat ketika kami menjadi anak angkat DBP dahulu, Dr.Hanafi dan para fasi yang lain kami panggil abang dan kakak sahaja. Tapi bila bertemu dalam suasana rasmi begitu saya jadi segan lalu menyapa beliau dengan gelarannya Dr. Rupa-rupanya beliau ahli panel hakim genre cerpen dan antologi cerpen saya tidak menang! he..
Yang lain-lain seperti Kak Kamariah dan lain-lain saya belum pernah temui sejak 1988 dahulu. Mungkin mereka sudah pencen atau kalau masih bekerja dengan DBP barangkali sudah naik pangkat atas macam Dr. Hanafi. Harap-harap mereka semua sihat dan bahagia dan saya dapat bertemu kembali dengan mereka suatu hari nanti.
Saturday, April 4, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment