Saturday, November 16, 2013
Wednesday, November 13, 2013
HIKMAH HIJRAH
Alhamdulillah. Sudah hampir tiga bulan kami turun dari kuarters kerajaan ke sebuah rumah di kawasan berhampiran sekolah. Rumah ini merupakan rumah berkembar dua yang terletak juga tidak jauh dari sekolah. Rumah berdekatan sekolah merupakan pilihan utama kami sekeluarga apabila mencari rumah memandangkan anak-anak masih lagi bersekolah rendah. Ini akan memudahkan mereka berulang pergi dan balik sekolah. Oleh kerana itulah juga saya terus menetap di kuarters walaupun keadaan kuarters serba kekurangan dan sewanya juga amat tidak berpatutan bagi saya.
Pada mulanya saya keberatan untuk berpindah. Seronokkah di tempat baharu? Saya sudah terbiasa dengan suasana sepi dan damai di dalam kawasan sekolah yang berpagar dan terkawal. Suasana kuarters sangat tenteram bagi pencinta kedamaian seperti saya. Setiap hari, pagi-pagi saya sudah membuka laptop dan menulis. Bayangkan bagaimana keadaan di taman perumahan yang rata-ratanya bising? Oleh kerana kawasan perumahan saya perumahan kos rendah bukannya kawasan banglo yang elit, saya pasti akan mengalami kejutan budaya nanti. Kawan-kawan juga mengakui memang keadaan di kawasan taman perumahan agak bising tidak seperti kawasan kuarters.
Akan tetapi memandangkan anak ketiga Nur Yasmin dalam proses temujanji untuk pembedahan kakinya saya akur. Hendak bagaimana lagi? Saya tidak mungkin terus tinggal di kuarters lagi kerana banyak kerosakan tidak dibaiki. Almari tidak boleh dipakai. Penampan tangki air yang dimakan anai-anai juga tidak diganti. Kemungkinan tangki air bila-bila boleh runtuh. Jadi sebelum berlaku perkara tidak diingini lebih baik kami yang keluar. Saya berpindah dengan berat hati, mungkin kerana sudah sebati dengan suasana kuarters. Biar pun berat, namun satu sahaja saya harapkan iaitu semoga hikmahnya dapat mengubat hati saya ini.
Memandangkan tanah halaman agak luas,syukur juga, saya jadi rajin berkebun; menanam bunga dan sayur-sayuran seperti cili, timun, kangkung, kunyit, halia, serai, pokok kari, daun kesum atau cenohom, kacang panjang dll. Dua bulan berlalu kacang panjang, kangkung dan terkini timun telah kami nikmati hasilnya. Hari ini saya menanam kelapa pandan dan kelapa matag pula.
Manakala pokok bunga pula banyak yang saya beli dari nurseri-nurseri yang berdekatan. Bukan itu sahaja, saya juga membeli tanah berkampit-kampit, pasu-pasu dan baja. Bunga-bunga kertas yang saya beli siap sudah berbunga dari nurseri. Lebih senang. Sampai satu hari jiran saya yang agak jauh datang menegur saya. Dia terperanjat dan kagum bila mendapat tahu saya baru sahaja berpindah ke kawasan ini.
"Wah,baru berpindah berapa hari sudah berbunga pokoknya?"
" Ini, saya beli siap dari nurseri sudah berbunga..hehe."
Oh, betapa seronoknya berkebun! Agaknya inilah hikmah perpindahan ini? Setiap pagi saya tidak sabar menunggu saat untuk mencabut rumput dan menyiram bunga. Habis berpeluh badan. Yang paling ketara berat badan saya agak terkawal. Saya sudah boleh memakai baju-baju lama lagi. Ini yang paling best..hehe. Jika ada sedikit masa semasa balik dari sekolah sementara menanti masuk waktu maghrib, saya mengambil kesempatan membelek-belek pokok bunga saya. Jika nasib kurang baik, hujan petang, jadi terpaksalah saya masuk ke rumah dengan hati yang sedih. Fikiran terus melayang kepada bunga-bunga saya, taman yang baru saya bina konon..sedihnya. Sepanjang malam, hujan di luar, hati saya hujan memikirkan bunga-bunga sampai termimpi-mimpi..haha.
Ternyata kehidupan di taman perumahan ini tidaklah seburuk seperti yang saya sangkakan. Di sini juga harmoni. Taman ini taman perumahan lama. Jiran-jiran saya ramai yang sudah masuk usia emas. Sangat baik dan prihatin. Anak-anak mereka sudah besar dan bekerja luar. Tinggal orang tuanya sahaja. Taman ini juga sepi. Barangkali kalau bising pun keluarga saya sahaja; dengan suara tingkah dan jeritan anak-anak, (dan sudah pastinya jeritan uminya juga kerana mendamaikan mereka hehehe..)
Dan saya terus berkebun bunga..satu pagi apabila bangun dari tidur, saya membuka pintu...krekk..Wah, sekuntum bunga raya putih yang baru beberapa hari saya tanam sudah berkelopak menyinarkan cahaya putihnya,, sungguh indah, sungguh membahagiakan, hati saya kembang bagai taman, berbunga-bunga!
Labels:
KELUARGA
Sunday, November 3, 2013
HOMESCHOOLING SI FARIS
HOME SCHOOLING
Kebelakangan ini Faris tidak suka ke sekolah, bosan katanya. Setiap pagi ada sahaja alasannya. Setiap pagi bila dia hendak ke sekolah saya lihat wajahnya begitu stres, tidak ceria. Sifat terujanya pada awal tahun baru ini berganti mimik muka yang menyebabkan hati ummi gundah-gulana. Saya bosan sekolah! Itulah yang dijeritnya. Saya terpaksa memujuknya dengan berbagai-bagai helah. Kadang-kadang dia datang kepada saya dan berkata:
"Umi, kena pegang ini." Dia menunjukkan dahinya.
"Kenapa?" tanya saya.
"Saya demamlah.."
"Umi, kena pegang ini." Dia menunjukkan dahinya.
"Kenapa?" tanya saya.
"Saya demamlah.."
"Tak demam pun.."
"Saya demam!! Bererti saya tak boleh pergi sekolah!"
Oh, tahulah saya sebabnya.
Kadang-kadang bila bangun pagi dia telah buat helah.
" Umi saya tak sihat, saya batuk..."
" Mana ada batuk?"
"Saya demam!! Bererti saya tak boleh pergi sekolah!"
Oh, tahulah saya sebabnya.
Kadang-kadang bila bangun pagi dia telah buat helah.
" Umi saya tak sihat, saya batuk..."
" Mana ada batuk?"
"Uhuk, uhuk, uhuk.."
Kadang-kadang apabila cuti lama dia mula tidak mahu sekolah. Menangis melalak-lalak pagi hari. Saya paksakan juga. Aneh, sebaik gurunya memegang dan memeluknya, dia terdiam tiba-tiba lalu terus melambai kepada saya.
Setiap hari dia bertanya sampai lenguh mulut dan bosan hendak menjawabnya.
"Ummi, sekolah berapa? Cuti berapa?"
"Sekolah lima, cuti dua."
"Sekolah lima cuti dua?"
"Ya..." jawab saya dengan lemahnya. Lalu setiap hari bilang sudah berapa hari sekolah. Begitulah sampai hari Jumaat.
Baru-baru ini saya ada membaca sebuah artikel di blog tentang bersekolah di rumah atau homeschooling. Kata artikel tersebut; home-schooling tidak memerlukan ibu bapa yang tahu serba serbi tetapi ibu bapa yang bersedia menemani anaknya belajar. Saya rasa teruja juga. Lalu saya khabarkan kepada walidnya; apa kata kalau Faris tidak terus bersekolah di tadikanya. Sebaliknya dia belajar di rumah sahaja sama ummi. Lalu saya menceritakan tentang artikel homeschooling yang saya baca.
Saya rasa kalau saya berjaya membuatkan Faris berhomeschooling pada tahun ini mungkin boleh diteruskan pada tahun hadapan. Lagi pun saya tidak suka setiap kali Faris balik dari sekolah merungut kelas bising. Kalau di rumah sudah pasti tidak perlu kecoh-kecoh menggerakkan Faris awal pagi. Dia dapat tidur dengan puas dan pembelajaran saya aturkan sendiri, sudah tentu lebih fleksibel dan memudahkan anak saya. Saya pula boleh bersamanya sesi pagi memandangkan saya bekerja sebelah petang. Sudah pasti Faris akan gembira.
Tapi persoalannya, bersediakah saya? Sabar sangatkah saya hendak melayan kerenahnya yang kemanja-manjaan? Si bongsu yang sangat manja dan sedikit mengada-ngada! Tiap waktu hendak bersama ummi sahaja. Bila saya sedang menaip, Faris masuk ke bilik dan meminta itu, ini daripada saya. Mula-mula dengan suara biasa. Lepas itu akan jerit-jerit, bingit sekali! Sekali Faris masuk dan berkata:
"Ummi, saya nak makan.."
"Ummi sedang menaip, boleh adik minta dari Makcik Nah?"
"Taknak makcik, nak ummi!"
"Makciklah.."
"Ummilah!!"
"Makciklah.."
"Ummilah!!"
"Makciklah.."
"Ummilah, ummilah! ummilah!!!"
"Minta dari makciklah, ummi ada kerja sikit lagi.."
"Saya nak ummi, saya nak ummi!!!"
Anak bertuah, terbang segala idea.
"Saya nak ummi!!!"
Anak bertuah, terbang segala idea.
"Saya nak ummi!!!"
"Ya, ya, ya!"
Saya bergegas keluar bilik terus ke dapur.
Dam! Sudahlah, lupakan sahaja tentang homeschooling. Esok pergi sahaja ke sekolah!
Dam! Sudahlah, lupakan sahaja tentang homeschooling. Esok pergi sahaja ke sekolah!
P/s: Semalam saya bertemu sepupu yang baru pulang dari Perancis. Kami banyak berbincang tentang isu-isu pendidikan pra-sekolah. Satu kenyataannya yang membuat saya iri bagi pihak si Faris: Di Perancis anak-anaknya suka dan teruja hendak pergi ke sekolah. Kenapa? Tanya saya? Mungkin silibusnya tidak menekan seperti di sini, teka saya. Mungkin katanya. Di sana anak-anak seusia 5-6 tahun diajar lebih kepada play-oriented. Setiap hari mereka bermain, sama ada bermain pasir dan sebagainya. Pembelajaran lebih kepada permainan. Dalam setahun tadika menganjurkan enam kali lawatan. Lawatan ke kebun anggur, epal dan sebagainya dan pelajar dapat menikmati dan merasai bagaimana petani mengutip hasil mereka dan mereka juga turut serta memetik buah. Mana tidak suka. Dapat menikmati pemandangan alam semula jadi dan dapat melihat pohon-pohon yang berbuah lebat hati siapa tidak suka? Kalau macam itu Ummi Faris pun menggelupur nak ikut!!
Labels:
KELUARGA
Subscribe to:
Posts (Atom)


