Saya mula menulis ketika berusia enam belas tahun. Sudah 27 tahun berlalu. Saya masih ingat ketika mula menulis saya bermula dengan genre sajak. Sajak pertama saya terbit di Mingguan Islam. Selepas itu ada beberapa sajak saya yang terbit di mingguan itu. Selepas itu pada tahun 1987 saya mula menulis cerpen. Cerpen pertama saya hantar dengan tulisan tangan. Mujur juga karya saya itu dibaca oleh editor. Kalau diikutkan layak ditongsampahkan sahaja. Mungkin juga sudah rezeki saya, cerpen Setulus Hati Kak Yong itu menang hadiah saguhati Sayembara Mengarang Remaja anjuran DBP pada tahun 1988. Alhamdulillah.
Selepas itu ada beberapa karya saya yang menang hadiah saguhati juga, antaranya:
- Mencari Sarah Yasmin, sayembara mengarang novel kanak-kanak KaryaNet 2004.
- Krisis, hadiah saguhati 2007.
- Saat Terindah hadiah saguhati DBP Wilayah Selatan. 2010.
- Dan yang terkini saya menerima berita yang karya saya Pertemuan Di Musim Semi, salah satu dalam sepuluh yang terbaik kategori novel anjuran ITBM, Pena dan Berita Harian.
Kini berdebar-debar kerana masih belum tahu keputusan penuhnya.
Kemudian terkini, Editor Kanan ITBM menghubungi saya mengkhabarkan satu berita gembira iaitu satu lagi kumpulan cerpen saya akan diterbitkan. Alhamdulillah.
Ohya, baru-baru ini saya mendapat emel dari En. Mohd Khairulanuar Mansor, Ketua Jabatan Komunikasi, Promosi dan Jualan ITBM yang mengattachkan kepada saya tentang kulit novel Pertemuan Musim semi novel sulung saya yang diterbitkan. Apa yang menarik perhatian ialah cover buku dan blurb. Wah, pintar betul editor ini mengekspos karya saya sehingga saya sendiri teruja untuk membacanya (harapnya pembaca juga teruja, hehe). Baharulah saya tahu serba sedikit tentang peranan dan kuasa blurb. Rupa-rupanya blurb yang ditulis di belakang buku bisa berupaya menarik pembaca untuk terus membeli buku tersebut dan seterusnya membacanya. Terima kasih sangat kepada tuan editor. Berkuasanya blurb itu sampai saya tidak dapat mengawal diri dari terus tersenyum sepanjang menatapnya walaupun baru di kaca laptop.
Mungkin juga saya begitu teruja kerana ini novel pertama barangkali.Kalau saya yang menulis blurb itu belum tentu ada orang yang mahu membaca novel itu,hihi. Saya sendiri masih kabur tentang bagaimana seharusnya bentuk blurb dan prakata itu. Dua minggu lalu, semasa saya di Langkawi, tuan editor ini menelefon saya dan meminta saya membuat blurb dan prakata. Saya sempat kebingungan.
Maklum sahaja, walaupun saya telah menulis hampir 27 tahun saya tidak terdedah dengan kerja-kerja begini. Masa menulis blurb pun tak tahu? Sungguh. Selama ini, saya hanya menulis cerita, itu sahaja. Tentang bagaimana hendak menarik minat pembaca, apa harus ada pada prakata dan blurb tidaklah saya mahir. Saya mengaku..hihi.
Maka dengan susah payah, setelah mendapat sedikit sebanyak gambaran dari En. Zulkifli saya pun menulis blurb saya. Wah, sebentar sahaja sudah siap dan melalui hp, saya baca ke adik saya di Perak minta anak saudara taip dan emelkan ke ITBM. Selepas itu saya menyepi terus..(bertuah punya penulis, jangan ikut cara saya). Maafkan saya wahai tuan editor, sebenarnya saya di kampung ketika itu dan ada sedikit kesulitan untuk akses internet..Alasan? Sehinggalah suatu hari saya mendapat mesej dari beliau meminta saya menghubunginya dengan kadar segera. Lalu segera saya menghubungi beliau bertanyakan tentang blurb itu. Betulkah apa yang saya buat itu? Haa, tahu pula hendak bertanya dan mengambil tahu? Ingatkan dah tak ingat..he.
"Terlalu ringkas.." kata beliau.
"Hm, sebenarnya saya tak pandai nak tulis blurb pun, entah betulkah tidak.." Hinakah saya mengaku tidak pandai? Pada saya baik mengaku sahaja daripada menjadi bodoh sombong. Mana tahu beliau boleh menolong.
"Oh, saya tambahkan tulisannya. Saya emelkan kembali kepada puan dan minta puan betulkan jika tidak kena.."kata beliau. Apa pula yang tak kena, kalau editor buat? Itu sudah menjadi kerja mereka sehari-hari, tentulah mereka lebih expert daripada saya, fikir saya. Kebetulan saya masih bermasalah akses internet.
"Hm, macam inilah, bagaimana kalau saya serahkan perkara ini kepada tuan sahaja. Saya tidak pernah buat blurb ini. Maklumlah tak pernah terbit buku selama ini.." Dia tertawa.
"Saya tak kisah, saya boleh buat, cuma saya takut puan tidak setuju.." Ha, tukan? Beliau sangat menolong.
"Oh, saya tidak berhalangan. Rasanya tuan lebih mahir.." kata saya. Saya merasa lega sangat kerana beliau sudi menolong. Dan saya percaya sebagai editor kanan beliau seorang yang hebat tentang hal-hal di bidang beliau. Ternyata dugaan saya tidak tersasar. Buktinya, blurb untuk Pertemuan Musim Semi ini, sangat menarik dan mengujakan..Hehe..sekali lagi terima kasih tuan! Terima kasih daun keladi!

![]() |
Buku kedua juga terbitan ITBM. Alhamdulillah. |
![]() |
Rasa macam tak percaya namun alhamdulillah atas segala-galanya! |
![]() |
Kenang-kenangan indah bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin dan isteri di Sri Satria (7 Januari 2014) |
![]() |
Novel pertama Pertemuan Musim Semi sangat istimewa bagi saya. Novel ini meraih tempat ketiga dalam Sayembara Penulisan ITBM-Pena-Berita Harian 2014. Namun, yang lebih istimewa dari itu adakah kenang-kenangan yang mendasarinya...tersirat sebak rindu dan cinta kepada tempat saya mengutip mutiara ilmu suatu ketika dahulu..(Gambar dari kiri; Pn Amnah Muhammad, Pn Nora Haron dan Encik Zakri Zakaria, pembeli pertama karya saya di SMKBR.Terima kasih ya! |
0 comments:
Post a Comment