Pages

Subscribe:

Wednesday, December 5, 2012

EPISTEMOLOGI AL QURAN

EPISTEMOLOGI AL QURAN

Anak ikan, si ikan parang
Makanan orang di bawah bayu
Kitab Al Quran bukan sembarang
Kalam suci turunan wahyu

Masihkah tiba musafir lalu
Palukan rebana salam diucap
Meski diturun berkurun lalu
Pelbagai ilmu baru terungkap

           Orang-orang barat  menganggap kitab suci Al Quran sebagai sebuah kitab kuno. Oleh yang demikian sudah pastilah isinya juga kuno. Oleh kerana ia diturunkan di gurun tandus mereka menganggap isinya juga sudah sudah tentu  hanya berkisar tentang gurun, unta, khemah badwi dan sekitarnya. Namun sangkaan-sangkaan mereka jauh meleset sama sekali.

           Sungguh ajaib apabila mereka mengkaji Al Quran, mereka mendapati kitab suci ini berisi berita yang kesemuanya terbukti benar. Fakta-faktanya mencabar minda dan pemikiran untuk melakukan kajian demi kajian. Al Quran dapat dirasai ajaib oleh orang yang berilmu dan menggunakan akalnya. Dari semua aspek, Al Quran lebih tinggi dari apa yang dibayangkan oleh manusia. Dari segi sastera, ahli-ahli sastera Arab dari zaman jahiliah sehingga zaman moden  tidak pernah mampu untuk menandingi ketinggian gaya bahasa dan balaghahnya (maksud). Sebaliknya yang mampu mereka buat ialah mencedok ayat-ayat suci itu dan memasukkannya ke dalam karya-karya mereka. Teknik ini dinamakan Iqtibas.

Dari sudut sejarah, Al Quran memberikan informasi sejarah yang tepat dan jitu. Begitu juga dari sudut ramalan masa hadapan,  ramalan Al Quran terbukti benar dengan berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut setelah penurunan wahyu.        

0 comments:

Post a Comment