KRISIS YANG MELANDA UMAT ISLAM
Sedarkah kita kelemahan dan kepincangan yang menimpa umat Islam selama ini berasal dari satu punca iaitu tidak beriman kepada Allah dengan segala sifat kesempurnaan-Nya dengan sebenar-benar iman? Sekarang mari kita muhasabah satu-persatu :
· Bersikap bengis, pemarah, suka bergaduh, berbalah, membenci si miskin- kurang beriman dengan al Rahim (Allah yang Maha Penyayang)
· Berlaku zalim terhadap makhluk lain- kurang keimanan kepada Al Adl (Allah Yang Maha Adil), Al Muntaqim (Allah yang Maha Membalas)
· Bersikap kedekut- kurang keimanan kepada Al Rahman (Allah Yang Maha Pemurah)
· Hasad dengki –ingin menghilangkan kebahagiaan rakan-rakan dan suka memperlekeh kebolehan dan kemampuan orang lain, tidak bijak membahagi waktu- kurang keimanan kepada (Allah Yang Maha Menentukan Sesuatu) dan Al Hakim (Allah yang Maha Bijaksana) Al Qadir Memberi dan menerima rasuah, mencuri, merompak- kurang beriman dengan Al Basir.
· Penakut, pengecut –kurang beriman kepada Al Mukmin (Maha Memberi Keamanan) dan Al Jabbar (Allah yang Maha Memaksa).
· Sombong, bongkak, besar kepala- kurang beriman dengan Al Mutakabbir (Allah Yang Maha Besar Diri).
· Malas berusaha dan mudah berputus asa- Kurang keimanan kepada Al Ghaniyy (Allah Maha Kaya) dan Al Razzaq (Allah Yang Maha Mengurniakan Rezeki) Al Rahman (Allah Maha Pemurah).
· Mempercayai tukang tenung, tilik nasib, bertawassul dengan ahli kubur dan meminta berkat daripada orang yang sudah mati atau meyakini pecaman yang karut-marut sama ada berbentuk tradisional seperti mempercayai kesialan burung, garisan tapak tangan atau pun moden seperti kiraan matematik tentang tuah bulan dan tarikh lahir –kurang keimanan kepada Al Wahid (Allah Yang Maha Esa) dan Zul Jalali Wal Ikram (Allah Yang Mempunyai Segala Kehebatan dan Kemuliaan), Al Qadir (Allah yang Maha Menentu dan Menetap kadar setiap sesuatu).
· Terlalu bersedih di atas sesuatu musibah , suka berkeluh-kesah, bersikap kasar, biadap dan kurang ajar –kurang beriman dengan Al Sabuur (Allah Maha Penyantun) dan Al Latif (Allah Yang Maha Baik)
· Vandalisme dan merosakkan alam sekitar- kurang beriman dengan Al Hasib (Allah Yang Maha Menghitung Setiap Perbuatan) dan Al Raqib (Allah Yang Maha Memerhati dan Mengawasi).
· Berbangga dengan kekayaan, pangkat yang tinggi, jawatan yang penting dan dimuliakan- Kurang beriman dengan Malikul Mulki (Allah pemilik segala kerajaan dan pemerintahan), Al Mughniyy (Allah Yang Maha Memberi Kekayaan).
· Mengumpat dan memfitnah- Kurang beriman kepada Al Samii’ (Allah Yang Maha Mendengar).
Justeru marilah kita berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam dan menghayati sunnah nabi. Semoga dengan itu keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa akan menjadi kukuh dan mantap sebagai mana generasi awal Islam. Dengan demikian barulah Allah akan membuka pintu-pintu kecemerlangan-Nya dari langit dan bumi kepada kita.
0 comments:
Post a Comment