SALAM DARI MAHA CINTA
Assalamualaikum! Satu ungkapan keramat. Intisarinya adalah citra kesejahteraan, keselamatan, penghormatan, keharmonian, kemesraan, cinta dan kasih sayang. Ucapan salam merupakan tradisi atau sunnah para Rasul Allah dan malaikat-Nya. Ia adalah doa sedang doa itu inti ibadah dan diberikan pahala kepada sesiapa yang mengucapkannya. Dalam ibadat solat ia termasuk dalam tahiyat. Kalimat yang sama ditutur oleh malaikat tatkala bersua Nabi Ibrahim. Allah juga berkirim salam kepada Saidatina Khadijah.
Bagi merealisai kalimat ini merebut pahala, para sahabat berusaha bersembunyi di balik pohon untuk mengucapkan salam terlebih dahulu kepada baginda.
· Digalakkan mengulang salam sebanyak 3 kali jika memberi salam kepada khalayak ramai untuk menarik perhatian mereka.
· Orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki memberikan salam kepada orang yang duduk, kumpulan sedikit memberi salam kepada kumpulan ramai.
· Memberi salam dengan suara yang jelas.
· Memberi salam ketika masuk ke sesuatu majlis dan mahu meninggalkannya.
· Memberi salam ketika mahu masuk ke dalam rumah walaupun rumah itu tidak berpenghuni. Jika rumah tidak berpenghuni ucapkan Assalamualaina.
· Disunatkan memberi salam kepada kanak-kanak.
SEBARKANLAH SALAM..
Assalamualaikum, madah keramat
Salam diucap penuh beradab
Sebarkan salam sesama umat
Hidup berkat, mesra dan akrab
Sabda Rasulullah maksudnya: Sebarkanlah salam antaramu, kalian akan berkasih sayang..
Sebagai seorang nabi yang sentiasa menjadi qudwah hasanah kepada pengikutnya baginda sentiasa paling dahulu memberi salam. Pernah satu ketika para sahabat bersembunyi di balik pohon laluan nabi. mereka bercadang memeranjatkan nabi dengan lebih dahulu memberi salam kepada baginda. Akan tetapi sebaik sahaja nabi melihat kelibat mereka baginda segera memberi salam mendahului mereka..
0 comments:
Post a Comment