Kitab Yang Sungguh Ajaib…
Firman Allah (maksudnya): … Ingatlah dengan mengingati Allah sudah pasti hati akan tenteram (Al Ra’d:28). Sebagai seorang guru agama memang saya telah mengetahui ayat tersebut dan menghafalnya di mulut. Namun realitinya, melaksanakan tuntutan ayat tidaklah semudah menuturkannya. Ketika menjalani imbasan untuk melihat kandungan, saya dikejutkan oleh doktor. “Puan, saya lihat kandungan puan mempunyai benjolan di lehernya, tetapi saya tidak pasti apakah itu!” Satu berita yang memancung anganan indah seorang ibu. Selepas itu saya bertemu pakar demi pakar. Ternyata memang ada benjolan berukuran 7cm x 3cm di bawah dagu janin. Saya juga menjalani ujian DNA untuk melihat kromosom adakah bayi saya normal ataupun tidak. Kalau normal, syukur pada-Nya. Jika sebaliknya, apakah saya boleh menafikan kewujudannya? Sudah pasti tidak! Ujian DNA tidak lebih hanyalah susulan untuk pakar meneliti tindakan sewajarnya untuk menolong saya dan bayi menurut kadar ilmunya.
Sembilan line mengikat si kecilku. |
Faris terlantar di ICU Hospital Kuala Lumpur. Selepas suntikan, kelenjarnya semakin membengkak. |
Suatu perasaan yang dahsyat saya tempuhi sendiri. Saya bukanlah pujangga yang pintar menuturkan kata-kata sehingga orang lain dapat berkongsi kedukaan hati saya. Saya hanyalah seorang intrapersonal, pendiam dan sangat senang bersendirian. Apabila penyelia saya menanyakan hal saya yang sering berulang alik ke hospital, saya hanya mampu menuturkan: “Ada sesuatu yang tidak kena tentang kandungan saya.” Lidah saya kelu. Saya ditimpa keharuan tiba-tiba. Air mata bergenang tanpa disedari. Lama saya berada dalam keadaan gelisah, keliru dan tidak menentu. Akhirnya saya sedar. Tuhan sedang menguji saya! Ujian ini sepatutnya membuatkan saya lebih dekat dengan-Nya bukan sebaliknya. Ya Allah, lalu saya bergegas bangun mensucikan diri dan mencari Al Quran!
Ahmad Faris selepas pembedahan. Sedang menanti temu janji dengan pakar di HKL. |
Ahmad Faris makan angin di Port Dickson. |
![]() |
Ahmad Faris kini semakin pintar dan menghiburkan. Alhamdulillah! |
0 comments:
Post a Comment