Pages

Subscribe:

Wednesday, December 5, 2012

SEBARKANLAH SALAM 2

MULAKAN HARIMU DENGAN SALAM…

Ini adalah senario umat Islam di Malaysia:

 Assalamualaikum!

Waalaikumussalam , eh dia ni kenal aku ke?

Salam 1 Malaysia!

Salam Maal Hijrah!

         Ucapan salam terdiri dari untaian kata yang sangat indah iaitu: Assalam-Kesejahteraan, Al Rahmah (kerahmatan), Al Barakah (Keberkatan/ Kualiti) . Ucapan salam seharusnya lahir dari lubuk hati yang paling dalam, diucapkan dengan penuh kasih sayang kerana tujuan dari sebuah perkenalan adalah penyatuan hati. 

Adakalanya timbul pertanyaan, bagaimanakah memberi salam dengan betul? Bolehkah mengucapkan salam seperti lain contohnya maal hijrah atau salam satu Malaysia?

Ucapan salam sekurang-kurangnya ialah Assalamualaikum/ Assalamualaika/ Salamun alaikum. Yang paling sempurna ialah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Harus mengucapkan salam Maal Hijrah atau salam Maulidur Rasul atau salam satu Malaysia tetapi ia hanyalah ungkapan biasa  (adat) tidak termasuk dalam ibadat sebagaimana salam yang dianjur oleh junjungan nabi.

 

“Hak seorang muslim atas muslim yang lain enam perkara:

1) Apabila engkau bertemu dengannya berikan salam kepadanya.

2) Apabila dia mengundangmu engkau menerima undangannya.

3) Apabila dia meminta nasihat, engkau menasihatinya

4) Apabila dia bersin dan memuji Allah,  hendaklah engkau mentasymitkannya    

    (berdoa).

5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya

 

6) Apabila dia meninggal, hendaklah engkau menghantarkan jenazahnya.(Hadis direkod oleh Muslim dalam Bab Salam  - Syarah Imam Nawawi m.s 144.

     

         

          Mulakan harimu dengan salam seawal yang mungkin. Contohnya ketika solat subuh! Bukankah ada salam dalam tahiyat awal dan akhir! Ertinya? Ertinya, kamu wajib menunaikan solat subuh. Jangan tidur sampai tengahari tanpa menunaikan hak subuh. Timbul  cahaya matahari, cahaya salam (kesejahteraan)  anda akan hilang! 

 

        Kepada siapa hendak memberi salam?

Kepada ibu, ayah, adik, abang, kakak,  saudara mara dan tetangga di rumah, kepada  orang ramai yang lalu lalang di jalanan atau kepada guru dan rakan-rakan di sekolah.

  

         Anda juga digalakkan memberi salam ketika masuk ke dalam rumah. Jika rumah tidak berpenghuni ucapkan salam ke atas dirimu sendiri dengan ucapan Assalamualaina (Sejahtera atas kami).

          Assalam termasuk dalam senarai nama-nama Allah yang terindah dan menunjukkan kesempurnaan-Nya. Lalu mulakan harimu dengan memberi salam!

0 comments:

Post a Comment